Pages

Wednesday 25 May 2011

Dah banyak kali tegur......

     Assalammualaikum..... emmm ko semua mesti tertanya-tanya  kan benda apa yang Neo cakap dah banyak kali tegur kn??.Sebenarnya Neo pun tak tahulah nak mula dari mana..apa kata Neo mula dari  gambar la ye...Sambil ko minum kopi tu meh layan gambar-gambar kat bawah ni...

1.
[Image: 04773_Tudungtapipelik001_122_84lo.jpg]
Amacam awek ni ???apa yang ko boleh komen kat sini??

2.
kalau yang ni plak macamana??? takkan tak rasa berangin kot kalau da terdedah???
(sumber gambar:

3.
ni lagi hebat!!!macam tak pakai seluar jek....lawa ke macam ni???

4.
yang ni pulak nak tayang pe ea????underwear g string ea????

5.
 ni pulak da macam atlet sangat ke???
(sumber gambar:

6.
Amboi cantik cutting body u!! pinjam baju adik ke????
(sumber gambar:
7.
cuba tengok yang ni pulak...jarang kan baju dia???nak tunjuk tube dress baru la tu...

8.
alahai....yang ni tak tahu nak komen apa......seluar mana kak???

     Betul tak Neo kata, pasal benda ni dah banyak kali ditegur??? Neo rasa Neo orang yang ke beratus juta yang tegur pasal benda ni...Neo ambil gambar -gambar ni pun dari link orang yang mempunyai niat yang sama iaitu untuk menegur perkara ni...Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar tak senonoh diorang ni..ada yang pakai tudung nampak bekas underwear, ada jugak yang pakai tudung tayang leher dengan dada tersembul..pastu amek gambar muka nak bangga....Ceh!!! rasa cantik la tu jadi buruan mata lelaki.

     Wahai kaum wanita !!! Neo nak bagitahu satu rahsia tentang kelebihan mata lelaki ni...nak tahu tak??? Mata lelaki umpama antivirus...mata lelaki ni boleh scan virus kat bahagian body wanita...Virus utama yang dianggap oleh mata lelaki ialah buah dada, punggung wanita dan bahagian-bahagian yang terdedah...Neo rasa benda ni ada yang kaum wanita dah taw,, sebab tu kebanyakannya sengaja buat macam gambar-gambar kat atas tu...sebab nak body dia kena scan virus oleh mata lelaki..Tapi kepada sesiapa yang tak buat macam tu,, Neo ucapkan tahniah !!!!..dan kepada yang buat macam gambar-gambar kat atas tu cuba fikir akibat ko buat macam tu, lelaki yang tak kuat iman ni akan lepaskan nafsu bukan dekat ko..tapi dia akan lepaskan geram kat adik perempuan, anak perempuan, senang cerita orang yang tak bersalah jadi mangsa...marilah perbetulkan niat ..apakah tujuan memakai tudung???jangan lah bertujuan untuk memalukan Islam ye....marilah datangkan keinsafan pada diri sambil tengok gambar kat bawah ni....


     Lepas tu cuba renungkan pula sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya:
 "Ada dua golongan yang termasuk ahli neraka yang belumpernah aku lihat perbuatan mereka itu, iaitu kaum yang mempunyai cemati(cambuk) seperti ekor lembu, lalu mereka memukulkannya kepada manusia, kemudian wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang, mereka bergaya mencari perhatian lelaki ajnabi. Kepala mereka itu mirip seperti ponok unta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak mencium baunya, sedangkan wangi syurga itu sudah terasa dari jarak sekian"

     Oleh itu kalau ada sesiapa rasa nak insaf marilah kaum wanita...Neo dan kaum adam kat luar sana galakkan sangat sebab kami da tak sanggup lagi kumpul dosa sebab scan virus kat body u all......Neo ajak bukan yang gadis tudung  je taw tapi yang free hair pon jom la insaf  sekali ye ...kat bawah ni Neo tunjukkan  cara wanita muslimah menutup aurat ye....


     Ops!! lupa nak bagitahu ye..gambar-gambar tak senonoh yang diambil bukan tujuan untuk memalukan..tetapi untuk datangkan kesedaran kepada kebanyakkan kaum wanita sekarang....sesiapa yang rasa ada tangungjawab marilah kita membuat teguran sebanyak mungkin....

Sesiapa yang setuju atau tidak setuju dengan tindakan entri Neo ini sila komen ye....sekian.....

Tuesday 24 May 2011

jom layan!!!!!

 Assalammualaikum semua....hari ni sebelum Neo nak pergi keje part time kejap lagi...Neo nak share satu video yang Neo pernah berlakon..video ni  cerita pendek jek...Cerita ni bertajuk 'Sumpahan',,,.time ni Neo dengan kumpulan Neo buat kerja khusus audio visual.....heheheh cerite banyak-banyak tak guna lorh....jom layan video ni kejap.......tapi ingat ea...video ni tak besh sangat pun,,,,jangan lupa cari watak Neo yang mana dalam video ni ye...


heheheh tak besh sagat kan....saje je  nak share dengan ko semua...sesape nak komen kritik atau komen pujian silakan ye....sekian terima kasih.....

Sunday 22 May 2011

tips-tips elak di gelak!!!!!

Ko mesti pernah diketawakan apabila ko sangka orang yang berdekatan dengan ko panggil ko tapi sebenarnye dia panggil orang lain..oleh itu, untuk elakkan ko digelakkan lagi Neo sertakan beberapa langkah dan situasi untuk ko praktikkan
1.      Situasi ini sesuai untuk orang yang berbadan besar.lebih kerap dikenali sebagai mok.
Sekiranya ko terdengar ada awek panggil nama ko…Mok!! Wei Mok!! dan ko pon datang dengan bangga tapi  rupa-rupanya awek tu panggil kawan girl dia yang nama Mok jugak.ko da malu ni.comform-comform awek tu akan gelakkan ko..macamana ko nak buat?? Untuk elakkan dari ko dikertawakan oleh awek tadi, aku syorkan ko cube untuk jadi ganas,ko cube tengking dia kuat-kuat sampai dia takut..nanti comform awek tadi takot dan tak jadi ketawakan ko…

2.      Situasi ini sesuai untuk sesiapa yang kat rumah.
Contohnya macam ni, sekiranya ko sedap-sedap layan Hindustan tiba-tiba ko dengar mak ko panggil nama korang kat dapur… abang!!oh abang!!.....pastu apa lagi ko pon datang la tapi bila tengok rupanya mak ko panggil bapak ko..apa yang patot ko buat sebelum ko dikesan sebagai perasan??heheheh  apa lagi ko buat-buat la amek pinggan amek nasi..konon-konon ko gi dapur sebabko lapar nak makan.
3.      Situasi ini sesuai untuk penunggang motorsikal.
Sekiranya ko tengah bawak motor kat jalanraya ni..tiba- tiba je ko nampak kat bus stop ada orang tua lambai-lambai kat ko. Ko pon berhenti la.tapi bila ko da berhenti, rupa- rupanya ko dapat tahu orang tua tadi tu bukan lambai kat ko tapi lambai kat bas sebab nak tahan bas…skarang ni kat bus stop ramai awek da nak stand by ketawakan ko ni…so apa patut ko buat untuk elakkan dari di ketawa?? Aku rasa baik ko cepat-cepat ragut beg orang tua tu…pastu bila line clear nanti ko pulangkan la kt makcik tu..ko slow talk la baik-baik ngan dia..
4.      Situasi ini sesuai untuk orang ensem …
Sekiranya ko rasa ko ensem ko boleh guna situasi ni..emm ko bayangkan, ko tengah kenyit mata kat sowang awek ni, tetibe jek awek ni terus lambai-lambai konon-konon panggil ko..biasalah selalu ko kenyit mata awek cair terus panggil ko. tapi kali ni bila ko datang, rupanya dia panggil adik dia kat belakang ko.macam biasalah kalau orang perasan memang comform kene gelak..so, untuk elakkan ko kene gelak ngan dia baik ko cepat-cepat tanya dia sesuatu, contoh ayat macam ni...."emm cik adik..pukul berapa ye sekarang???"....hehehehe kiranya ko datang jumpa awek tu bukan sebab perasan tapi sebab nak tanya sesuatu.
5.      Situasi ini sesuai untuk driver teksi
Andaikata ko tengah drive teksi ni…tetibe jek customer kat belakang ko tanya ko da makan belum? Sihat ke tak? Macamana keje? Tengah syok-syok ko jawab apa yang customer tu tanya  tetibe jek baru ko taw yang dia sebenarnya bukan sembang ngan ko  pon tapi dia sembang ngan kawan dalam handphone dia..so untuk ko dikertawakana baik ko cepat-cepat amek handphone ko atau halkie talkie kat dalam teksi tu, ko pura-pura kol kawan ko.
6.      Situasi ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat
Andaikata ko tengah jalan-jalan tiba-tiba ko perasan ada orang panggil ko, macam biasalaha kalau da perasan mesti ko pegi kat orang..tetibe plak orang tu sebenarnya memang tak kenal langsung ko dan tak panggil ko pon, tapi ko da datang kat dia ni, dia da muka pelik campur muka nak control gelak…untuk elakkan dia gelakkan ko terbahak-bahak baik ko keluarkan apa-apa barang yang ko ada contoh jam tangan dan ko pon pura-pura lah menyamar jadi salesman ye…ko buat-buat nk jual jam tangan ko kat dia comform ko tak kene gelak punya.
Tu je la langkah dan situasi yang Neo boleh sarankan kat ko…mungkin langkah tu sedikit sebanyak boleh tolong ko dari diketawa terbahak-bahak sebab ko perasan..tapi kalau ko tak percaya baik ko try buat. Comfirm menjadi beb!!!

Wednesday 18 May 2011

Perkara penting!!!!!

     Assalammualaikum kawan-kawan semua….hari ni Neo nak share sedikit mengenai perkara yang tidak diingini dan seringkali berlaku disekeliling kita iaitu gangguan annasir-annasir jahat seperti jenayah masa kini dan gangguan makhluk halus, Sememangnya gangguan-gangguan ini boleh dielakkan dengan mengambil langkah yang paling penting...Apakah langkah penting untuk mengelak diri kita sebagai umat Islam menjadi mangsa  jenayah dan gangguan halus????
Dari hadis Riwayat Tirmidzi :
“Sesiapa yang ingin agar Allah memperkenankan doanya di saat-saat sempit dan kesusahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan berdoa di saat-saat ia senang"  
     Oleh itu, langkah penting yang hendaklah ditikberatkan  ialah amalan doa.. Seperti mana yang kita tahu Doa ialah senjata  orang mukmin.Hendaklah kita memperbanyakkan doa walaupun dalam ketika senang…
     Disini Neo ingin sertakan beberapa ayat suci al-Quran untuk dijadikan amalan sebagai doa untuk kita dijauhkan dari gangguan-gangguan ysng tidak diingini.…..

1. Ayat kursi.
   Secara ringkasnya, Ayat kursi sememangya memberi banyak fadhilat. Ia juga boleh dijadikan pendinding pada diri kita.Amalkanlah ayat kursi pada setiap waktu Subuh dan Maghrib, Ayat kursi seeloknya atau lebih afdhal dibaca secara 9 wakaf iaitu 9 kali berhenti.Di bawah ini, neo tunjukkan ayat kursi yang dibaca secara 9 kali berhenti.



2. Amalkan bacaan Ayat 3 kul iaitu:

surah al-Ikhlas


surah al-Falaq


surah an-Nas


Sememangnya ayat 3 kul ini merupakan ayat yang boleh dijadikan doa sebagai pendinding kerana ayat tersebut mempunyai fadhilat masing-masing, Antaranya, untuk benteng diri daripada binatang buas dan bebisa, benteng dari segala kejahatan, dan benteng diri daripada kejahatan syaitan..Ayat kursi dan ayat 3 kul juga merupakan ayat yang tergolong sebagai ayat pembakar jin..

tambahan pula..

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:

Sesiapa yang menyebut kalimah
di waktu pagi sebanyak 10 kali maka ALLAH mencatatkan baginya sepuluh kebaikan, dan dihindarkan dirinya dengan sepuluh kejahatan. Diangkat dirinya dengan seluruh sepuluh darjat ketinggian untuknya pahala seperti memerdekakan empat orang hamba sahaya, ini menjadi pelindung untuknya sehingga ke petang dan siapa yang menyebutnya setelah solat Maghrib maka baginya ganjaran seperti itu juga sehingga ke pagi....

    Oleh itu, sebenarnya banyak lagi ayat suci al-Quran yang boleh dijadikan doa sebagai pendinding untuk kita sekalian.....harap semua pembaca dapatlah mengamalkan ayat -ayat tersebut untuk dijauhkan diri daripada annasir-annasir jahat.....Ingatlah doa ini adalah antara usaha kita dari zahirnya...tetapi secara hakikatnya ALLAH SWT yang tentukan,,

Tuesday 17 May 2011

Dalam diri manusia ada haiwan.........

Assalamualaikum semua..hari ni Neo nak komen tentang dalam diri manusia ada haiwan..mesti ko akan rasa Neo ni bukan manusia kan?? Ye la sebab Neo suka-suka je cakap dalam diri manusia ada haiwan,,,sebenarnya Neo ni manusia biasa juga yang tidak terlepas dari kesilapan…tapi maksud Neo tentang dalam diri manusia ada haiwan, bukan ditujukan untuk semua manusia…tetapi untuk manusia yang spesis tertentu  je..Kenapa Neo cakap macam tu??? Sebab cuba  ko perhatikan disekeliling kita..kita sering dikejutkan dengan  berita yang disiarkan oleh media elektronik dan media cetak mengenai pembunuhan kejam, pembuangan bayi, rogol dan bunuh, dan banyak lagi beb…kadang-kadang perkara ni dilakukan oleh ahli keluarga sendiri seperti  kes bapak rogol anak, anak pukul ibu…sebenarnya memang banyak kes yang sebegini berlaku  diisekeliling kita.. manusia yang spesis inilah yang di dalam dirinya ada haiwan sebab mereka sama taraf seperti haiwan yang tiada akal fikiran, malahan sebenarnya mereka lagi teruk dari haiwan, kerana mereka tiada perasaan kasih sayang..mereka  sanggup buat perkara-perkara demikian.. Tapi cuba ko tengok pula kat haiwan..ada ke yang sanggup buang anak dia??singa yang garang pun tahu jaga dan syangkan  anak dia beb..ada ke ko tengok singa tu rogol anak dia yang kecik tu??hei bukan singa je la Neo nak cakap..semua haiwan dalam dunia ni belum pernah la buat apa yang manusia buat sekarang….haiwan yang tiada akal fikiran pun ada perasaan sayang,,,tapi manusia yang kejam tu macamana pulak?? kalau haiwan yang  tiada akal fikiran,  tu boleh berfifikir. Mesti  haiwan tu da gelakkan manusia.. mesti haiwan tu tertanya-tanya macam ni ke manusia?? Kejam jugak manusia sesama manusia…tapi bukankah manusia dikurniakan akal?? Bukankah setiap manusia mempunyai pegangan agama masing-masing?? Bukankah setiap agama melarang dari melakukan perkara sebegitu??? Ish mesti Neo dan ko semua berasa malu kan?? So, betul kan dalam diri manusia ada haiwan??? Hmmm  Neo taknak cerita panjang-panjang ..Cuma apa yang Neo harapkan perkara sebegini tak berlaku lagi pada masa akan datang…marilah kita sama-sama berdoa ye. Dibawah ini Neo sertakan beberapa keping gambar untuk dibandingkan kehidupan manusia kini dengan kehidupan haiwan.Kemungkinan beberapa gambar tersebut boleh menggugat emosi anda. Neo tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang perkara tidak diingini.... sekian terima kasih...

 1. Inilah yang berlaku di dunia manusia pada masa kini.........




2. Ini pula yang berlaku didunia haiwan......



Monday 16 May 2011

Jasa-jasa guru yang tidak dihargai sesetengah pelajar..


Alamak!!! mungkin Neo sudah terlambat..tapi tak salah kan kalau Neo nak share ngn ko semua tentang guru,,,Ko tahu apa itu guru???  Alaa yang kita panggil cikgu tu…Dengan kata lain guru ni orang berilmu yang diiktiraf untuk mengajar dan mendidik kita….Guru sememangnya tak mengharapkan hadiah apa-apa pun dari pelajarnya,,cuma yang diharapkan ialah hargailah jasa beliau..emm ko tahu tak jasa-jasa beliau yang segelintir pelajar tak hargai??? kalau kau nak tahu, kat bawah ni Neo akan terangkan serba sedikit jasa –jasa beliau yang tak dihargai oleh sesetengah pelajar.

1.Mengajar
Bila guru sedang mengajar, ada segelintir pelajar yang kurang ajar sedang tidur, berbual dan bermain ketika guru sedang mengajar..Tapi mereka terfikir tak ilmu yang ingin disampaikan untuk siapa????

2.  Kerja rumah
Bila guru bersusah payah beri kerja rumah kepada pelajar. Ada juga pelajar yang bersenang-lenang abaikan kerja rumah yang diberi oleh guru.Tapi mereka pernah terfikir tak apa kebaikan menyiapkan kerja rumah itu???

3.  Kelas tambahan
Bila guru bersemangat buat kelas tambahan, mesti ada pelajar yang suka suka je ponteng kelas tambahan.Tapi mereka pernah terfikir tak kenapa guru lakukan begitu???

4.  Teguran
Bila guru dah tegur pelajar, mesti ada pelajar yang tak puas hati lepas tu mulalah aktiviti balas dendam seperti pancitkan tayar kereta guru berlaku. Tapi mereka pernah terfikir tak kenapa guru  menegur???dan untuk apa dia menegur???

5.   Peperiksaan
Bila guru buat peperiksaan, mesti ada pelajar pulak yang buat toyol…Tapi mereka fikir tak peperiksaan tu untuk kebaikan siapa??

Banyak juga jasa-jasa guru yang tidak dihargai oleh sesetengah pelajar kan?
Tapi bila keputusan peperiksaan mereka teruk,, mulalah semua orang menunding jari serta menyalahkan guru yang tidak mengajar, Tapi, pernah ke mereka menimbang usaha pelajar tersebut dan bandingkan dengan usaha guru??? tepuk dada tanyalah selera...

Sunday 15 May 2011

Neo...

Neo???? Apa itu Neo??? Siapa Neo??? Kalau ada sesiapa yang follow entry aku dari awal mesti tahu kan apa itu Neo dan siapa itu Neo…so, macam ni lah aku akan cerita apa itu Neo, Neo ni sebenarnya hanya satu nama yang aku pilih je..Aku pilih nama Neo sebab ia nama yang ringkas dan nama yang mesra.. Siapa itu Neo??? Neo itu adalah panggilan nama yang aku gunakan dalam blog ni.. Ko mesti tertanya-tanya kenapa aku buat macam ni kan?? Macam aku bagitahu kat entri pertama aku dulu aku buat macam ni sebab aku ingin berbonekakan perwatakan dan nama seperti Neo yang mempunyai pandangan terhadap kehidupan semua generasi-generasi. Tetapi entry sebelum ni aku telah bahasakan diri aku sebagai “aku”..bila dipikirkan balik nampak macam tak mesra la..Oleh itu, entri aku selepas ni aku nak bahasakan diri aku sebagai “Neo “…hehehe tu jek aku nak bagitahu ko sebenarnya...

1. hai inilah aku yang sebenar....
Funny man with a box on his head rejoices on a white background stock photography

2,ini pula aku sebagai Neo

Friday 13 May 2011

apabila blog tak boleh bukak..






Assalammualaikum dan selamat pagi semua !!! hari ni aku cuma nak komen sedikit pasal baru-baru ni blog tak boleh bukak sebab blog dalam penyelenggaraan... macam-macam reaksi si mereka ketika menghadapi saat blog tak boleh bukak... tak kira lah dari peringkat kanak-kanak sehinggalah yang tua... kat sini aku tunjukkan reaksi mereka...ko semua da lunch?? kalau ko belum lunch jom la makan nasi dengan telur letak kicap macam aku ni sambil layan reaksi-reaksi mereka bila da tak boleh bukak blog...

1. apa reaksi budak perempuan ni???


Wei!!! apsal blog kite tak boleh bukak ni??? ni kite hangin ni!!

2. apa plak reaksi budak laki ni???


adui....bosannye blog adik tak boleh bukak...baik adik hisap rokok dulu lah...

3. macamana pulak reaksi awek ni???


walaupon saye marah sangat blog saye tak boleh bukak, tapi saye kena lah buat-buat senyum untuk nampak cantik.. wei abang-abang ensem semua tengokla cantik tak saye senyum???

4.tak pun macamana reaksi si minah ni ???

apasal aku punye blog tak boleh bukak ni???ada jugak aku baling lappy aku ni!!!!grrr...

5.macamana plak dengan reaksi brother sorang ni???


apa lu tengok-tengok??? gua tengah panas ni blog gua tak boleh bukak???tumbok nak???

6.kalau si pelik ni ni punye reaksi macamana pulak??


Wei blog aku tak boleh bukak!!! baik aku muntah...uwwweeeekkkkkk!!!!!!

7.kalau si mamat poyo ni pulak macamana reaksi dia???


kalau blog aku tak boleh bukak lagi,, aku tembak anjing ni...

8. atau pon apa reaksi mamat lagi sorang ni????


Baik aku mati la!!...kalau aku hidup pon blog aku tak boleh bukak!!

Ish!! ish!! macam-macam ragam la mereka ni kalau blog mereka tak boleh bukak ..aneh- aneh je..emm tapi aku percaya ko tak macam tu kan??? sebab bila blog ko tak boleh bukak mesti ko akan tenang macam pak cik ni kan???



ala tenang lah blog pakcik tak boleh bukak, tapi pak cik boleh main pesbuk, boleh chat dengan kawan-kawan pakcik


hehehehe tak pun ko mesti macam pak cik ni pulak kan???


hello kawan relax lorh....pak cik masih boleh senyum lagi ni...blog pak cik pon tak boleh bukak jugak..ala lagipun blogspot dalam penyelengaraan..esok lusa ok la tu...


ok aku harap korang semua enjoy dengan entry aku yang membosankan ni...sekian.....

Wednesday 11 May 2011

kenderaan pelik

   Selamat pagi semua!! ari ni aku nak kongsi dengan korang semua apa itu kederaan...kenderaan ni suatu alat yang ditunggang atau dinaiki  untuk ke sesuatu destinasi. Aku percaya mesti ko ada kenderaan yang ko minat...Tapi ko pernah terfikir tak kat dalam dunia ni ada macam-macam kenderan yang rupanya pelik-pelik belaka.Oleh itu aku nak share dengan ko semua gambar-gambar kenderaan pelik yang aku ambil dari pakcik google....

1.

pergh ko rasa apa jenis kenderaan ni ye??? ufo??? lebih kurang  la ek?? tp macam besh je aku tengok mamat dalam tu bawak awek dia...apa salahnya kalu aku pulak sekali sekali bawak awek aku...

2.

Eh!!yang ni apa pulak??macam helmet je aku tengok...aku tak taw la nak komen apa dengan kederaan ni...

3.

kalau yang ni pulak macamana???ala-ala kereta transformer pulak bleh lipat-lipat.

4.

Eh yang ni kasut ke kenderaan???kalau ada seiapa yang nak hadiahkan kat girl dia silakan la ea....
5.

hah!! tadi ko tengok kenderaan kasut wanita..tp yang ni plak kenderaan ala-ala boot...ini kalau ada sesiapa nak hadiahkan kat aku memang aku taknak....pelik beb!!!

6.

kalau yang ni aku nak...boleh tahan lawa la kalau nak dibandingkan dengan tadi....

7.

eh! ni kereta...tapi nape ada mulut pulak??boleh bercakap ke???

8.

kalau yang ni pulak ko rasa macamana???agak-agak kalau 4 tayar kat bawah tercabut je mesti dia guna 4 tayar yang atas kat atas plak kan??

9.

hah!! yang ni kereta kacuk motor,, memang pelik tapi smart !!agak-agak kalau nak hujan je cepat-cepat si ryder motor pindah dalam jadi driver kereta...

10.

ini lagi la kereta ke jentolak??? macam nak pegi perang je...kalau pegi perang boleh menang kot...

11.

tapi boleh menang ke kalau perang dengan kenderaan ni????

12.

aku rasa kenderaan ni lah yang boleh menang kalau pergi perang...hehehe ntah la....

13.

eh cuba tengok pak cik ni macam seronok je bawak bawak basikal ??ke menunggang b#b#.???

14.

tapi aku rasa brother ni lagi seronok naik motor handle tinggi-tinggi macam ni,,,,ko yang naik motor tu tak nak try ke wat handle motor ko macam ni???

15.

tapi brother tu tak bleh kalah kan mamat poyo ni punye beskal pelik....haha sampai tertido mamat poyo ni main beskal pelik dia...

   Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar kenderaan yang lagi pelik ko boleh jumpa..kalau ko tak percaya cuba ko taip kenderaan pelik lepas tu ko search kat pak cik google....tapi aku pesan jangan pulak ko tengok pic kenderaan pelik sambil korek hidung..kalau tak jadi macam pak cik kat bawah ni...dia terkejut sampai jadi macam ni.....







aduh!!! sakit!!!tolong la den!!!yang ko gelak kenapa??? tolong la wei....

Tuesday 10 May 2011

Rupa paras bukan ukuran....

      Hai…..ko mesti taw kan rupa paras tu apa kan…rupa paras ni sememagnya sinonim dengan maksud paras wajah…contoh macam gambar kat bawah ni…

ni contoh rupa paras yang aku boleh tunjuk kat ko..

      Ko jangan terkejut pulak dengan rupa paras orang ni...aku pun tak tahu la betol ke tak pasal rupa paras orang ni  sebab aku amek pic ni pun dari pak cik google..aku search rupa paras pastu aku klik image...and then aku copy je lah...cuma apa yang aku nak bagitahu jangan pulak ko terkejut kalau awek ko or pakwe ko minat atau tangkap cintan ngan orang macam ni..ye la sebenarnya tak ramai orang yang mementingkan rupa paras dalam hubungan percintaan.. ok la aku bagi contoh la kalau ko tak percaya cuba ko tengok kat sekeliling ko, ramai tak yang awek dia lawa tapi bila tengok pakwe dia je kurang hensem??contoh macam aku la, awek aku ni boleh la dikategorikan lawa tapi sampai kat aku je kurang hensem...

      Sebenarnya apa yang aku nak sampaikan kat ko ialah rupa paras ni bukanlah menjadi ukuran..tetapi yang perlu diukurkan ialah keluhuran keperibadian yang elok...keluhuran keperibadian yang elok ni merangkumi sikap positif seperti sopan santun,menutup aurat, penyayang, jujur, setia, dan bla bla bla.....alahai lagipon ko semua pon faham maksud keluhuran keperibadian yang elok kalau aku tak terangkan kat ko...so kalau ko da faham aku tak payah la nak huraikan panjang lebar kat ko..cuma aku nak pesan kepada sesiapa yang rasa dirinya tak hensem or tak cantik jangalah rasa menyesal atau patah hati untuk mencari jodoh..sebenarnya ramai lah yang beratur nak kat ko..itupun kalaulah diorang semua tahu keluhuran keperibadian korang tu elok...

      Mesti antara ko ada yang tak percaya apa aku cakapkan??? ok lah aku buktikan kat ko la walaupun muka aku tak ensem tapi disebabkan ramai orang kata keluhuran keperibadian aku elok sehinggakan ramai awek beratur nak kat aku beb...kalau ko tak caya ko tengok kat bawah ni..


Ramai tak awek beratur???awek ni beratur sebab nak tackle aku, cuma aku je tak layan diorang sebab aku lebih mementingkan keluhuran keperibadian yang elok dari rupa paras...