Pages

Sunday 31 July 2011

Ramadan…

     Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca…Sebelum tu Neo nak minta maaf sebab dah lama Neo tak update blog sebab baru-baru ni Neo ada banyak kerja yang nak dibuat…tetapi pada bulan Ramadan yang mulia ni, Neo nak gagahkan diri nak buat satu entri pasal Ramadan…Mungkin berkat  entri Neo kali ni boleh member faedah kepada korang semua…ok lah cakap banyak tak guna, apa kata korang renungkan entri Neo tentang Ramadan ni..

Apa itu Ramadan???
Ramadan ni sebenarnya dari bahasa arab yang diterjemah membawa maksud “panas terik” dan biasanya ia digelar "Ramadan Al- Mubarak
Ciri-ciri Ramadan
Secara ringkasnya ciri-ciri Ramadan yang dapat Neo terangkan ialah Ramadan merupakan bulan paling suci dan bulan ke 9 dalam kalendar Islam. Bulan ini mengandungi 29 hari atau 30 hari

Antara Peristiwa Semasa Ramadan
Turunnya Al-Quran
Lailatul Qadar
Pembukaan Mekah
Perang Badar

Penentuan awal Ramadan
Menurut Islam bulan Ramadan ditentukan apabila bulan sabit (hilal) telah kelihatan. Oleh itu terdapat dua kaedah untuk menentukan terjadinya hilal iaitu kaedah penglihatan mata kasar yang dikenali sebagai “rukyah” dan  kaedah perhitungan yang dipanggil "Hisab".
Untuk maklumat lanjut mengenai kaedah rukyah http://www.moonsighting.com/mcw.html

Seterusnya Neo nak terangkan pula amalan ketika bulan Ramadan, Neo pasti korang da tahu amalan-amalan tersebut, tapi unutuk tujuan memperingati sesama muslim, Neo tetap berkeras hati akan huraikan secara ringkas tentang amalan-amalan tersebut.

Puasa Ramadan
Selama sebulan di dalam bulan Ramadan, umat Islam hendaklah berpuasa iaitu menahan lapar dan dahaga serta nafsu serta perkara-perkara lain yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.  Syariat ini diturunkan pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah dan sejak itu, masyarakat Islam menyambut bulan Ramadan dengan seharian berpuasa.Sebelum berpuasa orang Islam di syariatkan bersahur iaitu makan sebelum fajar.Manakala ketika berbuka pula umat Islam digalakkan berbuka puasa dengan makanan dan minuman yang manis serta  tidak berlebihan.jangan lupa juga untuk menjamu orang lain berpuasa kerana perbuatan itu termasuk dalam perkara sunat.

Solat Terawih
Amalan ini dilakukan selepas solat Isyak. Solat ini hanya terdapat dalam bulan Ramadan sahaja. Walaupun solat ini boleh dilakukan secara individu, tetapi secara lazimnya dilakukan secara berjamaah dimasjid-masjid dan surau-surau.

Zakat Fitrah
Zakat fitrah adalah zakat yang dikeluarkan khusus pada bulan Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya Solat Sunat Hari Raya. Setiap individu muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat jenis ini . Nilai zakat fitrah yang harus dikeluarkan untuk setiap individu adalah satu gantang makanan ruji di daerah bersangkutan. Jumlah ini adalah setara dengan 2.70 kg beras.

Aidil Fitri
Iaitu satu amalan menyambut kemenangan berpuasa oleh seluruh umat Islam di dunia iaitu pada akhir bulan Ramadan.Pada malam harinya (malam 1 Syawal), yang biasa disebut malam kemenangan, mereka akan mengumandangkan takbir bersama-sama. Esoknya tanggal 1 Syawal, yang dirayakan sebagai Hari Raya Aidil Fitri, semua Muslim baik lelaki mahupun perempuan digalakkan ke masjid untuk melakukan Solat Sunat Hari Raya, Solat dua raka'at ini akan diikuti khutbah  mengenai Aidil Fitri. Setelah itu umat Islam digalakkan ziarah menziarahi kubur dan melawat sesama muslim sambil maaf memaafan.


    Setakat ini sahaja yang Neo dapatkan terangkan secara ringkas mengenai Ramadan.Oleh itu Neo menyeru semua umat Islam memperbanyakkan ibadah pada bulan Ramadan kerana ganjarannya digandakan pada bulan ini.Tetapi pasangkanlah niat korang semua ikhlas kerana ALLAH SWT dan bukan niat kerana ganjaran.
 
   
 

5 comments:

Abe Goreng said...

nice info.:D

Update terbaru : Kisah Dobi Layan Diri!

Anonymous said...

maka hargailah bulan pose ni...setaun sebulan je...kan3..

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Maaruf Tanker said...

ah lu tulis jer bukan buat pn hahahah.......

sleepycatz said...

keputusan pemenang kontest da diumumkan..

http://kucingtengahtidow.blogspot.com/2011/08/keputusan-kontest-muka-entah-pape-jew.html