Pages

Monday 9 May 2011

Hadiah untuk Hamilea....

   Hari ini aku  nak kongsi bersama korang semua suatu kisah benar yang dahulu pernah terjadi pada kawan aku bernama Daniek..Cerita ni ringkas sahaja tetapi masih boleh dikongsi untuk dihayati bersama....Cerita ini bermula sebegini......

    Sudah sebulan Daniek tak jumpa bestfriend dia iaitu si awek kacukan belanda yang bernama Hamilea…nanti petang ni Daniek balik keje Daniek rasa nak jumpa si Hamilea..alang-alang Daniek datang rumah Hamilea boleh jumpa ibu bapa dia sekali…tiba-tiba Daniek teringat esok hari lahir Hamilea…baik Daniek pergi jumpa Hamilea pada esok hari, boleh la buat si Hamilea tertunggu kat Daniek …heheheh mesti Hamilea rindu giler kat Daniek…mana taknya dari sekolah menegah Daniek memang berkawan rapat dengan Hamilea…sampaikan ponteng sekolah pun sama-sama….Ini pun Daniek tak jumpa Hamliea sebulan pun sebab baru dapat keje, biasalah Daniek ni memang pemalas nak cari kerja tapi bila dah dapat keje memang Daniek malas nak cuti sampaikan tak sempat nak jumpa Hamilea, nasib baik esok cuti…Kesian Hamilea, mesti dia rindu si Daniek..Daniek nak call Hamilea pun tak boleh sebab handphone Daniek tercicir kat  tandas baru-baru ni..Nombor handphone dia pon Daniek tak hafal…hei!!dugaan semua ni…tak pe la yang penting esok Daniek mesti jumpa Hamilea…Daniek nak celebrate birthday Hamilea kat rumah Hamilea dengan parents Hamilea…Oleh itu, sewaktu Daniek balik dari kerja dia pun singgah kedai lavender di jalan Rentaka untuk membeli kek coklat yang sama seperti kek coklat pernah dia beli untuk celebrated birthday Hamilea masa ponteng sekolah dulu. , Cuma kali ni Daniek mesti beli kek coklat yang lagi besar kerana kali ni parents Hamilea pun ada sekali…Dalam masa sama Daniek mula terfikir hadiah apa yang patut diberikan pada Hamiliea..Tiba-tiba Daniek teringat yang Hamilea penah cakap dia suka tedy bear yang besar berwarna pink…tak pe la Daniek beli je la walaupun harga mahal sedikit, konon-kononnya untuk bestfriend Daniek sanggup la…lagipun Hamilea tak penah berkira dengan Daniek waktu sekolah dulu, memang selalu jugalah Daniek pow duit Hamilea time ponteng sekolah dulu… biasalah masa tu Daniek belum matang …. Emmm hadiah Daniek da beli tapi tak sabar plak Daniek nak bagi kat Hamilea….tunggu punye tunggu ni akhirnya tiba lah hari lahir Hamilea…rupanya semalaman Daniek tak lena tidur semata-mata excited nak bagi hadiah kat Hamilea, maklumla da sebulan tak jumpa…seperti biasa Daniek kene mandi, wangi-wangi, solek-solek sikit sebelum bertolak pergi rumah Hamilea…lepas tu barulah start vespa tua dia…Daniek pon memulakan perjalanan..sepanjang perjalanan Daniek senyum sahaja sambil membayangkan bertapa gembira wajah Hamilea apabila Daniek celebrate birthday dia nanti..akhirnya tepat jam 10 pagi tibalah Daniek di rumah Hamilea …Daniek dengan baju pink berseluar jeans levis membawa tedy bear pink dan kotak pink yang berisi kek coklat….hahahah jambu tak jambu la kan hari ni Daniek berserba merah jambu…Daniek pun memberi salam serta memicit bell....selepas lima minit tu keluar la ibu Hamilea ..Daniek pun mula lah memberi sejambang senyuman menawan…tapi ibu Hamilea ni macam nak tak nak senyum je kat Daniek…nak kata sombong…dulu ok je…mungkin perasaan Daniek je kot….Daniek pon tanyalah ibu dia “Hamilea mana??” Daniek pun pelik ibu Hamilea tak jawab pun pertanyaan Daniek…ibu Hamilea cuma suruh Daniek masuk rumah dulu,,, bila Daniek masuk rumah jek Daniek pun terus salam bapa Hamilea..bapa Hamilea ni memang tak boleh jalan…dia ada penyakit angin ahmar..sebab tu la ibu Hamilea yang bukakan pintu untuk Daniek tadi…selepas Daniek salam bapa Hamilea, Daniek pun terus bertanya “Pak cik.. Hamilea mana??..dia tengah tidur lagi ke?”  bapa Hamilea pon jawab, “Hamilea da meninggal dunia, baru je semalam disebabkan kemalangan jalan raya, jenazah dia dikebumikan malam semalam, pak cik da call kamu semalam banyak kali tapi tak dapat.” Mendengar jawapan itu Daniek bagaikan tak percaya…betulkah apa yang Daniek dengar?? Tiba-tiba Daniek dapat rasakan titisan air matanya mengalir di pipi…bapa Hamilea hanya mampu melihat sambil menggenggam erat tangan Daniek…Daniek bersedih sangat..patutlah semalam Daniek tergerak nak jumpa Hamilea…kalau Daniek tahu macam ini jadinya sudah tentu semalam Daniek dah jumpa Hamilea..sekurangnya kalau Hamilea sudah meninggal, sempat juga Daniek melihat dan memberi penghormatan pada jenazah Hamilea…sambil Daniek menangis Daniek meminta ibu Hamilea menunjukkan Daniek  dimana kubur Hamilea,, lalu Daniek dan ibu Hamilea bergegas ke kubur Hamilea..setibanya dikubur Hamilea, lantas Daniek membacakan surah Yaasin serta manghadiahkan surah al-Fatihah untuk Hamilea…..Rupanya hadiah yang layak Daniek beri pada Hamilea kali ini ialah bacaan Yaasin dan surah al-Fatihah .Tedy bear pink yang ingin Daniek hadiahkan itu Daniek simpan sebagai kenangan untuk dia selalu mengingati Hamilea…


Begitulah cerita yang dialami oleh Daniek, sehingga sekarang dia masih terkilan pada dirinya kerana kerja dia lupa untuk mengambil berat tentang Hamilea sehingga dia tidak tahu berita kematian Hamilea dan dan tidak dapat melihat jenazah Hamilea, namun begitu, sejak peristiwa itu sehingga sekarang dia tidak pernah lupa untuk membacakan surah Yaasin dan menghadiahkan surah al-Fatihah pada Hamilea terutama setiap kali tiba tarikh hari lahir arwah Hamilea....

 ini lah tedy bear yang Daniek nak bagi Hamilea...comel kan???

0 comments: