Pages

Monday 16 May 2011

Jasa-jasa guru yang tidak dihargai sesetengah pelajar..


Alamak!!! mungkin Neo sudah terlambat..tapi tak salah kan kalau Neo nak share ngn ko semua tentang guru,,,Ko tahu apa itu guru???  Alaa yang kita panggil cikgu tu…Dengan kata lain guru ni orang berilmu yang diiktiraf untuk mengajar dan mendidik kita….Guru sememangnya tak mengharapkan hadiah apa-apa pun dari pelajarnya,,cuma yang diharapkan ialah hargailah jasa beliau..emm ko tahu tak jasa-jasa beliau yang segelintir pelajar tak hargai??? kalau kau nak tahu, kat bawah ni Neo akan terangkan serba sedikit jasa –jasa beliau yang tak dihargai oleh sesetengah pelajar.

1.Mengajar
Bila guru sedang mengajar, ada segelintir pelajar yang kurang ajar sedang tidur, berbual dan bermain ketika guru sedang mengajar..Tapi mereka terfikir tak ilmu yang ingin disampaikan untuk siapa????

2.  Kerja rumah
Bila guru bersusah payah beri kerja rumah kepada pelajar. Ada juga pelajar yang bersenang-lenang abaikan kerja rumah yang diberi oleh guru.Tapi mereka pernah terfikir tak apa kebaikan menyiapkan kerja rumah itu???

3.  Kelas tambahan
Bila guru bersemangat buat kelas tambahan, mesti ada pelajar yang suka suka je ponteng kelas tambahan.Tapi mereka pernah terfikir tak kenapa guru lakukan begitu???

4.  Teguran
Bila guru dah tegur pelajar, mesti ada pelajar yang tak puas hati lepas tu mulalah aktiviti balas dendam seperti pancitkan tayar kereta guru berlaku. Tapi mereka pernah terfikir tak kenapa guru  menegur???dan untuk apa dia menegur???

5.   Peperiksaan
Bila guru buat peperiksaan, mesti ada pelajar pulak yang buat toyol…Tapi mereka fikir tak peperiksaan tu untuk kebaikan siapa??

Banyak juga jasa-jasa guru yang tidak dihargai oleh sesetengah pelajar kan?
Tapi bila keputusan peperiksaan mereka teruk,, mulalah semua orang menunding jari serta menyalahkan guru yang tidak mengajar, Tapi, pernah ke mereka menimbang usaha pelajar tersebut dan bandingkan dengan usaha guru??? tepuk dada tanyalah selera...

0 comments: