Pages

Friday 6 May 2011

Bersyukur.............

              Pada suatu pagi yang indah di kampung halaman yang sudah enam bulan aku tak balik… sedang aku berbaring di atas tilam yang empuk sambil dibuai angin sepoi-sepoi yang berlalu bersama kedinginan embun pagi yang datang dari luar jendela, seperti biasa aku membawa kicauan burung  menusuk ketelinga ku untuk bersama  melayan angan-anganku.


Sedang aku melayan angan- angan aku….tiba-tiba aku terdengar suara Jidin bermain bersama kanak-kanak kecil…Jidin adalah seorang manusia yang istimewa. Walaupun dia begitu, dia tidak merbahaya kepada penduduk kampung aku.Dia hanya dilahirkan kurang siuman tetapi dia masih boleh dibawa berkawan…Sedang aku memperhatikan jidin ..tiba-tiba aku berasa sedih dengan keadannya yang sebegitu daif ditambah pula dia sering dihina oleh segelintir penduduk kampung aku ni…tetapi aku tidak menangis..aku tahu aku susah untuk menangis. Sedang aku melawan perasaan sedih aku…aku terpandang siaran televisyen ‘ BERITA TERKINI’ yang sudah lima minit awal terpapar di kaca televisyen rumah ku. Alangkah terperanjat berbaur sedih dan marah apabila aku melihat kekejaman yang sering berlaku di negara luar sana. Pertumpahan darah sering berlaku, Kematian tidak mengenal jantina dan usia…sudah tidak nampak keamanan lagi di sana…aku kembali bersedih.Tetapi aku harus tahan. Aku tidak mahu meratapi kesedihan di pagi ini…Tiba-tiba “Neo!!”  “Oh Neo!!” suara ibuku memanggilku. Ibuku menyuruh aku mengambil susu  didapur untuk bayi jagaan ibuku, aku seperti biasa anak yang baik akan menurut perintah ibuku. Setibanya aku untuk memberi susu pada bayi tersebut, aku terpaku melihat bayi tersebut kudung kedua belah tangannya. Kali ini aku tidak mampu menahan sebak..Tidak ku sangka kali ini ibuku menjaga bayi kurang sifat.. aku menangis sambil melihat bayi itu merangkak  dalam keadaan kedua belah tangan yang kudung…

Sepantas kilat aku berlari meluru ke kamar kecil ku sambil air mataku berderai membasahi pipi, kerana aku tidak mampu lagi untuk menangis dihadapan bayi itu, aku lebih rela menangis sendirian di kamar kecil ini, sedang aku menangis aku mulai terfikir apakah hikmah disebalik kejadian ini??? Aku tersentuh dengan keadaan jidin yang kurang siuman, aku dilihatkan tentang peperangan di negara luar, aku diperlihatkan dengan keadan bayi yang kudung kedua belah tangannya…apakah  semua itu??aku mulai terfikir  itu semua adalah  kuasa ALLAH S.W.T.  Aku seharusnya BERSYUKUR  kerana aku dilahirkan dalam keadaan yang normal.  Aku berasa sedih kerana  selama ini aku tidak mengerti apa itu syukur. Dengan perasaan yang sebak didada aku mula mencari buku agama yang sudah berhabuk di rak buku sebelah katilku, aku usap-usap habuk-habuk pada  buku tersebut sambil menangis teresak-esak aku mula mencari apakah itu syukur.

 Ibnu Qayyim menjelaskan bahwa hakikat syukur kepada Allah itu adalah tampaknya bekas nikmat Allah pada lisan sang hamba dalam bentuk pujian dan pengakuan, melekatnya nikmat itu di dalam hatinya dalam bentuk kesaksian dan rasa cinta, dan terpatrinya nikmat itu pada anggota tubuhnya dalam bentuk patuh dan taat. (Ibn Qayyim al-Jauziyah, Tahdzib Madarij al-salikin, hal. 348). 

      Oh…baru ke sedar betapa banyaknya nikmat  ALLAH setelah ku baca Surah Ibrahim ayat 34 yang membawa maksud;
…..dan jika kamu menghitung nikmat ALLAH SWT nescaya kamu tidak mampu menghitungnya.

      Setelah ku faham  apa itu syukur . Baru ku sedar bahawa aku telah dikurniakan tujuh nikmat ALLAH yang terbesar. Aku bersyukur sangat kerana aku dikurniakan iman.Aku yakin aku sseorang manusia yang mempunyai iman, Cuma aku tidak tahu setebal  mana imanku yang miliki. Aku dilahirkan sebagai manusia yang beragama Islam.aku keluar dari perut ibuku aku terus diazankan oleh bapaku..aku beruntung aku Islam. Ibu bapaku Islam. Aku bersyukur kerana aku dikurniakan kesihatan tubuh badan. Aku masih cergas!!aku masih cerdas!! Aku bersyukur sangat..aku gembira walaupun dalam masa sama air mataku mengalir lagi. Aku bersyukur lagi kerana aku dilahirkan sempurna tubuh badan. Tiba-tiba aku teringatkan bayi yang kudung tadi, teringat lagi di kepala fikiranku bagaimana dia merangkak menggunakan tangannya yang kudung itu..aku sepatutnya bersyukur kerana dari kecil ku tidak cacat..aku sepatutunya sedar dengan nikmat ALLAH itu,,

      Bukan itu sahaja.Aku sepatutnya bersyukur kerana aku diberikan akal fikiran..Hanya manusia sahaja diberikan akal fikiran. Akal fikiran tidak terdapat pada binatang. Wah…sungguh besar ciptaan ALLAH..aku mulai meengerti. Aku juga bersyukur kerana aku diberi nikmat kemerdekaan..aku juga diberi nikmat keamanan…aku jujur didalam hatiku aku,aku berasa sangat aman walaupun sudah idup dalam lingkungan dua puluhan…aku tidak pernah berasa terancam dari segi nyawa atau keselamatan..sepatutnya aku bersyukur dari dahulu lagi…adakah aku terlewat???

      Aku berharap aku tidak terlewat.aku berharap aku masih sempat untuk mengenal erti kesyukuran,untuk merasa nikmat kesyukuran..aku berjanji dengan diriku ini apabila aku mendapat nikmat ALLAH aku akan bersyukur menggunakan hati. Aku akan sentiasa mengingati ALLAH yang memberi nikmat. Seterusnya aku akan bersyukur menggunakan lidah, Aku akan Mengucap Alhamdulillah ketika mendapat nikmat. Dan aku akan besyukur menggunakan tubuh badan iaitu aku akan menggunakan nikmat untuk kebaikan. Aku tidak lupa juga untuk melakukan sujud syukur sebagai tanda aku bersyukur kepada- NYA.

      Sememangnya aku sedar aku masih sempat untuk mengenali erti kesyukuran dan untuk merasa nikmat kesyukuran walaupun sudah terlambat sedikit. Aku juga berharap agar insan-insan istimewa seperti bayi jagaan ibuku, Jidin dan rakyat jelata di negara luar sana redha dengan segala ketentuan dan dapat menerima hakikat serta dapat merasa nikmat kesyukuran dari pelbagai bentuk. Oleh itu kepada pembaca-pembaca sekalian…marilah kita  berdoa atas kebahagiaan beliau dan marilah kita  bersyukur atas kurnian- NYA.. Ingat lah nikmat yang diberi itu boleh ditarik dalam sekelip mata………






Dia tidak pinta lahir begini......

Bilakah keamanan yang mereka inginkan akan tiba???

 Bersyukurlah dengan nikmat yang diberikan oleh NYA……..

1 comments:

cik saya said...

alhamdulillah. bersyukur dengan nikmat yang ada.