Pages

Saturday 7 May 2011

Cinta..........

       Seperti biasa aku sebagai Neo akan menjalankan kerja ‘part time’ aku  pada waktu malam iaitu melepak dengan kawan aku remy,ferhad dan joe…Sasaran melepak aku kali ini macam biasalah di Restoran Rejab depan rumah aku.… Minuman santapan aku ngan membe-membe aku ni  teh tarik..Biasalah tengah-lepak macam ni layan the tarik mamak sambil isap rokok memang sedap..
       Emm…sedang aku borak-borak kosong dengan kawan-kawan aku ni, aku terpandang sekeliling aku..hampir majoriti kat situ yang berpasangan bawak awek..awek diorang lawa-lawa beb. Kawan-kawan aku semua setuju ngan pendapat aku yang mengatakan awek-awek diorang semua lawa-lawa. lagipun si laki apa kurangnya ensem-ensem semua…waaaah!!!baru kat restoran mamak je,,,blom lagi couple-couple kat danga bay, city squre…mesti semua  macam model-model, baik laki baik perempuan…
          Bila aku tengok diorang ni syok-syok bercinta, aku pon mula tertanya-tanya apa itu cinta..macam biasa la aku tanya remy dulu apa itu cinta..aku taw dia mesti boleh bagi  jawapan yang bernas sebab dia ni boleh dikatakan hero si gadis-gadis atau dengan kata lain dia lah pencinta wanita..hmmm… tapi bila aku dengar jawapan dia agak tidak masuk akal firanku..korang semua bayangkan  dia boleh cakap maksud cinta tu ialah sayang tapi jangan sayang sangat, buat je macam cinta monyet sebab cinta ni merupakan nadi pada muda mudi kini. Jadahnya!!budak remy ni boleh bagi aku jawapan macam tu…dia ingat cinta sekotor itu??patotla tukar awek macam tukar baju. Lagi bagus aku tanya si joe ni walaupun otak dia lembu, mana la taw kali ni dia boleh bagi jawapan yang bernas..Walaupun Joe memang da lama takde awek, tapi dia pun mula beri jawapan yang hampir sama seperti remy dengan nada yang sedih..dia menjawab cinta ni ialah perasaan sayang  tapi jangan sayang sangat nanti kecewa…mungkin Joe ni pernah dikecewakan oleh ex awek dia dulu sebab tu dia cakap macam tu..
         Tiba-tiba Ferhad pula menyampuk dan berkata cinta adalah satu fitrah yang tersemat didalam sanubari setiap manusia.Cinta ini juga terhasil daripada suatu perasaan harmonik yang halus lagi seni. Cinta  juga mewujudkan perasaan suka dan kasih sayang serta belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasakan jiwanya itu kosong. Sememangnya jawapan yang ferhad bagi adalah tepat,padat, dan jitu..aku sememangnya sudah tahu maksud cinta.tetapi aku saja nak tahu adakah kawan aku ni tahu apa itu cinta. Ternyata hanya Ferhad saja yang  beri jawapan seperti aku fikirkan.Tiba-tiba aku mulai terfikir adakah couple-couple sekekeliling aku tahu apa itu cinta??? Terpulangla pada mereka dengan persepsi mereka..aku harap mereka tahu bercinta dan tahu makna cinta seperti yang aku fikirkan.
        Aku mula bertanya semula pada Remy, apakah ciri-ciri wanita yang dia inginkan??dia pun menjawab pertama sekali dia inginkan wanita yang cantik, kedua ialah bonus untuk dirinya sekiranya dia dapat memilki wanita yang kaya dan ketiga yang sangat dia idamkan ialah wanita yang seksi agar dia boleh bangga sekiranya orang ramai tahu yang dia boleh memiliki wanita seksi…waaahhh sungguh cetek pemikirannya…Tetapi aku mula terfikir selama ini awek-awek yang dia bawa semuanya seperti ciri-ciri yang dia idamkan..yang peliknya kenapa tiada yang kekal…aku pun bertanya kepadanya tentang aku fikirkan..rupa-rupanya dia menjawab dia tidak boleh bercinta lama kerana dia  capat bosan..

         Aku termenung  sejenak serta memikirkan mengenai jawapan yang diberikan oleh Remy….tiba-tiba aku mulai teringat mengenai suatu artikel yang pernah aku baca yang dibuat oleh Seorang peneliti dari Researchers at National Autonomous University of Mexico mengungkapkan hasil penelitiannya yang begitu mengejutkan. Menurutnya: Sebuah hubungan cinta pasti akan menemui titik jenuh, bukan hanya kerana faktor bosan semata, tapi kerana kandungan zat kimia di otak yang mengaktifkan rasa cinta itu telah habis. Rasa tergila-gila dan cinta pada seseorang tidak akan bertahan lebih dari 4 tahun. Jika telah menjelang 4 tahun, cinta sirna, dan yang tersisa hanya dorongan seks, bukan cinta yang murni lagi.


        Menurutnya, rasa tergila-gila muncul pada awal jatuh cinta disebabkan oleh aktivasi dan pengeluaran komponen kimia spesifik di otak, berupa hormon dopamin, endorfin, feromon, oxytocin, neuropinephrine yang membuat seseorang merasa bahagia, berbunga-bunga dan berseri-seri. Akan tetapi seiring berjalannya waktu, dan terpaan badai tanggung jawab dan dinamika kehidupan efek hormon-hormon itu berkurang lalu menghilang. (sumber: www.detik.com Rabu, 09/12/2009 17:45 WIB).


         Wah!! Sememangnya betul la apa yang di huraikan oleh artikel itu. Sekiranya Remy inginkan wanita yang cantik, kaya dan seksi pasti pada mulanya Remy tergilakan kecantikan, kekayaan dan keseksian wanita itu dan pasti setelah sekian lama kecantikan,kekayaan dan keseksian wanita itu akan pudar dimata Remy. Tetapi bagaimana pula dengan couple-couple disekeliling aku??bagaimana pula dengan diri aku?? Seperti aku kata tadi setiap manusia mempunyai persepsi masing-masing..Kalau persepsi aku, aku tidak akan bosan dengan dengan cinta sekiranya kita tahu bagamana cara menguruskan  dan menghargai apa itu cinta.


        Tiba-tiba aku tergerak untuk mengutarakan beberapa soalan kepada Ferhad dan Joe..Sekiranya korang ada awek yang korang sangat sayang..adakah korang sangat sangat sangat cinta kepadanya??dan adakah korang tulus dan ikhlas mencintai dia??? Lalu Ferhad dan Joe menjawab mereka sangat sangat sangat sangat mencintai awek mereka serta tulus dan ikhlas mencintai awek mereka..Wah!!!bagus semua orang boleh cakap tulus dan ikhlas tapi hati masing-masing betul ke tulus dan ikhlas???kenapa aku cakap macam tu??sebab andaikata awek yang korang cinta sangat-sangat ni lemas ditengah lautan bersama kawan rapat yang banyak berjasa yang korang cinta,,dan korang hanya diberi peluang untuk menyelamatkan seorang sahaja..so, siapakah yang korang pilih untuk diselamatkan???awek korang???atau kawan rapat yang banyak berjasa yang korang cinta? Kalau korang selamatkan awek korang ternyata betullah korang sangat sangat sangat sangat cintakan awek korang. Dan cuba korang bayangkan andaikata awek yang korang cinta sangat-sangat ni dalam keadaan comot, busuk, pakaian compang camping, selekeh,dan hodoh.. Sanggupkah korang bawak dia jalan-jalan dating dengan keadaan dia sedemikian rupa??sanggupkah korang menyayanginya seperti keadaanya yang normal?? sekiranya korang sanggup, maknanya cinta korang tulus dan ikhlas. Ferhad dan Joe tidak mampu untuk menjawab soalan aku tadi. Aku mengaku soalan itu sememangnya sukar dijawab dengan menggunakan hati. Jadi kepada sesiapa yang sudah bercinta dan ingin bercinta cubalah menguji cinta anda dengan soalan tadi.


         Tiba-tiba Joe bertanya kepada aku adakah Islam melarang bercinta?? belum sempat aku menjawab, lalu Ferhad pun menjawab berdasarkan (sumber Yayasan Dakwah Islamiah:Cinta menurut Pandangan Islam,3 August 2004)


          Sememangnya Islam tidak pernah memushi terhadap cinta. Ini selaras dengan keperibadian Islam sebagai agama yang sangat menepati fitrah manusia. Malahan pula, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. Bagaimanapun cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaanya yang tersendiri seperti:


         1. Cinta kepada ALLAH
             Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada ALLAH. Tanpa cinta kepada ALLAH, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai ALLAH. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada ALLAH serta menerbitkan iman yang mantap.
       Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:

       “... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)


         2. Cinta kepada Rasulullah S.A.W dan Para Anbia'
             Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah S.A.W. Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji. Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah S.A.W dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam.
        Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:
" Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi Muhammad S.A.W bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai ALLAH dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana ALLAH, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah ALLAH menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no.2548, Nasaie: no 4901)


         3. Cinta Sesama Mukmin
             Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah S.A.W.
       Maksud Firman ALLAH S.W.T:
       "....Nabi Muhammad  (S.A.W) ialah Rasul ALLAH; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)" (Surah Al-Fath: 29)
        Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu. Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya.
        Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan cinta palsu walaupun dihiasi dengan rayuan manja kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh ALLAH hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seteusnya.
        Maka dalam meniti usia, remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menhancurkam.
        Jangan jadikan diri kita sebagai hamba cinta yang hanya berlandaskan nafsu tanpa pertimbangan akal yang waras. Kita seharusnya mengawal perasaan cinta kerana jika terlalu obses terhadap seseorang, manusia biasanya akan hilang kawalan dan tidak dapat menerima hakikat kehilangan, lantas sanggup melakukan sesuatu yang buruk untuk melepaskan perasaan kecewa.


       Oh!!  begitulah cinta menurut Islam yang sedikit sebanyak yang dapat Ferhad kongsikan dengan kami bersama dan secara tidak langsung cerita ini dapat juga dikongsikan dengan korang…





macam ni ke bentuk cinta?

atau macam ni????






 Wah!!!! ini ke cinta??? cantiknya!!! cinta ini nampak tulus dan ikhlas

13 comments:

K said...

setuju!

cinta itu tak akan pudar selagi cinta kepada Allah diutamakan

=)

generasi_boneka_neo said...

yulp! betul 2x!...terima kasih sebab memahami entry ini....

NuSaNa NoSa 91 said...

pabila kita memperoleh cinta Allah, maka seluruh isi langit dan bumi akan mencintai kita~ betapa hebatnya cinta-Nya.. sbb tu kita kena kejar cinta DIA dulu, kan?? ^_^

Dayana Z said...

suka baca entry ni ! :) penuh makna + manfaat.. tp kn, klu rasa cinta tu hilang lps 4 thun, cmne dgn org yg kawen kekal lama tu? :o
tu bru nmenye cinta sejati eh?

generasi_boneka_neo said...

yulp..betol tu NuSaNa Nosa 91 ,, kita sememamgnya hendaklah cintakan ALLAH terlebih dahulu sebelum mengejar cinta yg lain, bkn je sluruh isi langit dan bumi yang mencintai kita,malah bnyk lg manfaat yg kita dpt....oleh itu, laksanakan lah amar maaruf dan nahi munkar...

generasi_boneka_neo said...

Yulp... Dayana AZ...cinta sejati tidak akan pudar sekiranya dipupuk dengan baik dan elok berlandaskan syariat Islam dan disemaikan dengan doa kepada ALLAH SWT....heheheh

Raja Syakirah Raja Omar said...

cerita yang menarik.
=)
untuk mencari seorang yang baik
kita dulu perlu berubah menjadi baik
insyaAllah
=')

generasi_boneka_neo said...

yer Raja Syakirah...jom ramai2 kite berubah menjadi drpd yg baik kpd yg lebih baik....aminnnnn...

:: Zahratu Billaurah :: said...

entri menarik. dialog pada permulaan membuatkan diri mahu menamatkan bacaan hingga ke titik terakhir ^_^

kuasa cinta itu hebat. Kerana cinta sanggup melakukan apa sahaja. tapi oleh kerana ada yg xtahu untuk menyalurkan rasa cinta itu pada tempat yg sepatutnya, krn itulah maruah tergadai, krn itulah tidak puas berganti pasangan.

cinta org beriman itu buta. Buta jika tiada terlihat lagi halangan dan kesusahan bagi menggapai cinta Allah.
namun, cinta org beriman itu juga tidak buta, tidak buta jika dgn cinta itu diri dpt membezakan yg mana baik dan yg mana buruk.

cintailah Allah, dgn sebenar-benar cinta. bicara cinta yg terbukti pada zahir anggota. ^_^

generasi_boneka_neo said...

emmm Zahratu Billaurah betul tu...terima kasih kerana betul2 mengerti apa itu cinta..sangat-sangat suka kerana penyampaian cerita ini sedikit sebanyak berkesan...hehehehe...

anis said...

jom tengok tv9 skrg...

"cinta abadi"

ngee...thanks 4 shared..=)

sIncEriTy hEart said...

nice entry..
sjauh mana pun cinta kpd Allah, tdk mampu menandingi cinta Al-Khaliq kpd hamba2 nyerh..so, jom kejar cinta Allah dulu..ngeee,dapatkan 'cinta abadi' Dia..insyaAllah, kita peroleh 'cinta sejati' dr makhluk-Nya pula..^^

'adawiyah az-zahraa' said...

jadi seperti seorang wali ALLAH: Rabiatul Adawiyah. die mengabdikan diri untuk mendapat cinta SANG PENCIPTA. :)