Pages

Friday 6 May 2011

Ibu.........

Sempena hari Ibu nanti aku akan bagitahu sedikit sebanyak apa itu ibu…kalau aku tak bagitahu korang mesti kebanyakkan dari  korang da tahu apa itu ibu dan siapa ibu korang.Cuma ada segelintir manusia yang sememangnya dari lahir ditnggalkan oleh ibunya atau dengan kata lain dia tak sempat nak kenal ibunya..ok la aku nak bagitahu korang apa itu ibu?? Ibu ni sebenarnya adalah satu insan mulia yang dianugerah buat kita..ibu ni jugalah yang mengandungkan kita selama lingkungan sembilan bulan dan dialah yang melahirkan kita.Cuba korang bayangkan kalau korang bawa sesuatu benda yang diikat diperut korang selama lingkungan sembilan bulan dalam keadaan mandi,tidur, makan dan kemana sahaja..laratkah korang semua?? Wah!!!sungguh besar pengorbanan ibu kita.. Bukan setakat itu sahaja,dia juga telah beradu tenaga dan hampir berada di ambang maut apabila cuba mengeluarkan kita dari kandungannya. Dia juga bersama bapa kita telah berkorban masa,tenaga dan wang ringgit untuk membesarkan kita.Pernahkah dia mengeluh pada kita?? Dialah juga yang memberikan kita didikan dari kecil secara terus menerus.. Tanpa dia  siapalah kita di muka bumi ini…lahirkah kita di bumi ini??? Tetapi pernahkah korang semua fikir termampukah korang semua untuk membalas jasanya yang lebih tinggi dari gunung everest dan lebih luas dari lautan pasifik?? Adakah wang ringgit yang bermillion-million mampu membayar jasanya??? Ibu ini sememangnya tidak mengharapkan semua itu sebagai balasan untuk membalas jasanya, cuma apa yang diharapkan olehnya ialah kejayaan duniawi dan uhrawi sahaja… Cuba korang perhatikan betul-betul wajah ibu korang ketika dia sedang lena tidur…dari raut wajahnya yang hampir dimamah usia, disertakan pula dengan kepenatan siang malam bekerja menguruskan kita , dari situ baru korang dapat rasakan sedikit sebanyak betapa penatnya memegang tanggungjawab seorang ibu. Dan cuba korang bayangkan wajahnya sebegitu dibaluti kain kapan pada suatu hari nanti??apakah perasaan korang pada masa itu?? Sudah tentu sedih dan hiba menusuk sanubari korang…bukan aku berkata sedemikian untuk mendoakan ibu pergi. Tetapi untuk memperingatkan korang bahawa setiap yang hidup akan mati. Aku juga mempunyai rakan yang sudah merasakan pemergian ibunya..aku menumpang kesedihan apabila dia kata setiap masa dia rindukan belaian dan pelukan ibunya, dia rindukan masakan ibunya, dia juga rindukan teguran dan nasihat ibunya.Kalau ibunya masih hidup, dia sanggup dimarahi setiap hari asalkan dia dapat mendengar suara ibunya serta melihat dan menyentuh ibunya. Sememangnya tiada perempuan lain yang layak menggantikan ibunya. Dia kata kalau dia diberikan peluang untuk memeluk ibunya dia sanggup biarpun satu minit sahaja asalkan dia dapat melepaskan rindunya… Oleh itu, korang sekalian yang masih nampak ibu korang di depan mata korang jalankanlah tanggungjawab korang sebagai seorang anak pada setiap masa dan pada hari ibu nanti apa salahnya korang buatkan air untuknya, salam dan ciumlah pipinya serta ucapkanlah selamat hari ibu untuknya sambil memeluk erat tubuhnya…..buatlah sebelum terlambat….
video kelahiran bayi dibawah ini untuk dikongsi bersama agar kita mengetahui bagaimana peritnnya    melahirkan anak.

2 comments:

:: Zahratu Billaurah :: said...

Assalamualaikum..
pasti tersentuh apabila berbicara mengenai seorang wanita bernama Ibu..='(

post yang baik, menyentuh hati saya..=')

jika mahu minta pandangan saya, saya cuma mahu mengulas sedikit tentang gaya tulisan. sebaiknya dibuat perenggan supaya kelihatan jelas dan teratur. ^_^

saya mahu komen lebih, saya pun masih berjinak untuk menulis dgn betul. oleh itu, saya selalu merujuk kpd artikel2 yg disiarkan di ILuvIslam. penggunaan (???) dan (!!) digunakan sekali sahaja sudah cukup dan memadai. ^_^

syukran sudi singgah dan komen di blog saya, jemput datang lagi ye ^_^

teruskan usaha menjadi da'i/da'iah yg menyuruh kpd kebaikan dan mencegah kemungkaran ^_^

generasi_boneka_neo said...

yulp...terima kasih atas komen yang diberikan....terima kasih jgk sanggup singgah di blog saya,,,heheheh marilah kite sama2 singgah menyinggah blog lg ye,,,,,heheheh