Pages

Wednesday 18 May 2011

Perkara penting!!!!!

     Assalammualaikum kawan-kawan semua….hari ni Neo nak share sedikit mengenai perkara yang tidak diingini dan seringkali berlaku disekeliling kita iaitu gangguan annasir-annasir jahat seperti jenayah masa kini dan gangguan makhluk halus, Sememangnya gangguan-gangguan ini boleh dielakkan dengan mengambil langkah yang paling penting...Apakah langkah penting untuk mengelak diri kita sebagai umat Islam menjadi mangsa  jenayah dan gangguan halus????
Dari hadis Riwayat Tirmidzi :
“Sesiapa yang ingin agar Allah memperkenankan doanya di saat-saat sempit dan kesusahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan berdoa di saat-saat ia senang"  
     Oleh itu, langkah penting yang hendaklah ditikberatkan  ialah amalan doa.. Seperti mana yang kita tahu Doa ialah senjata  orang mukmin.Hendaklah kita memperbanyakkan doa walaupun dalam ketika senang…
     Disini Neo ingin sertakan beberapa ayat suci al-Quran untuk dijadikan amalan sebagai doa untuk kita dijauhkan dari gangguan-gangguan ysng tidak diingini.…..

1. Ayat kursi.
   Secara ringkasnya, Ayat kursi sememangya memberi banyak fadhilat. Ia juga boleh dijadikan pendinding pada diri kita.Amalkanlah ayat kursi pada setiap waktu Subuh dan Maghrib, Ayat kursi seeloknya atau lebih afdhal dibaca secara 9 wakaf iaitu 9 kali berhenti.Di bawah ini, neo tunjukkan ayat kursi yang dibaca secara 9 kali berhenti.



2. Amalkan bacaan Ayat 3 kul iaitu:

surah al-Ikhlas


surah al-Falaq


surah an-Nas


Sememangnya ayat 3 kul ini merupakan ayat yang boleh dijadikan doa sebagai pendinding kerana ayat tersebut mempunyai fadhilat masing-masing, Antaranya, untuk benteng diri daripada binatang buas dan bebisa, benteng dari segala kejahatan, dan benteng diri daripada kejahatan syaitan..Ayat kursi dan ayat 3 kul juga merupakan ayat yang tergolong sebagai ayat pembakar jin..

tambahan pula..

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:

Sesiapa yang menyebut kalimah
di waktu pagi sebanyak 10 kali maka ALLAH mencatatkan baginya sepuluh kebaikan, dan dihindarkan dirinya dengan sepuluh kejahatan. Diangkat dirinya dengan seluruh sepuluh darjat ketinggian untuknya pahala seperti memerdekakan empat orang hamba sahaya, ini menjadi pelindung untuknya sehingga ke petang dan siapa yang menyebutnya setelah solat Maghrib maka baginya ganjaran seperti itu juga sehingga ke pagi....

    Oleh itu, sebenarnya banyak lagi ayat suci al-Quran yang boleh dijadikan doa sebagai pendinding untuk kita sekalian.....harap semua pembaca dapatlah mengamalkan ayat -ayat tersebut untuk dijauhkan diri daripada annasir-annasir jahat.....Ingatlah doa ini adalah antara usaha kita dari zahirnya...tetapi secara hakikatnya ALLAH SWT yang tentukan,,

8 comments:

Unknown said...

sgt bagus......tq 4 info
http://fendy1302.blogspot.com/

generasi_boneka_neo said...

sama-sama..emm biasa lah kita sesama muslim hendaklah sentiasa ingat mengingati....

kemboja said...

sama2 kita amalkan.. gud info

generasi_boneka_neo said...

ok...ye betol2 mari kita amalkan sama2....

Utiliޔ said...

Surah Ayat Kursi paling mujarab..

generasi_boneka_neo said...

yulp..setiap surah ada fadhilat masing2...heeeee.....

anis said...

=)...

thanks for shared...

memang dah jadi trend makhluk halus mggngu skg..

Maaruf Tanker said...

bkn skng je...dari dulu lg dia da gnggu,